Tuesday, July 19, 2005
Murid Dahulu Murid Sekarang

Murid dahulu hormat dan bijaksana
Ajaran guru dipatuhi semuanya

Murid sekarang amat pintar,
Menguasai ilmu melalui komputer.

Murid dahulu santun berbudi,
Para pendidik sangat dihormati.

Murid sekarang berani dan gagah,
Idea guru disanggah dihujah.

Murid dahulu merendah diri,
Bimbingan guru sentiasa dihargai.

Murid sekarang berani bersuara,
kadang-kadang terbiadap pula.

Murid dahulu sopan berbahasa,
Kepada orang berbuat jasa.

Murid sekarang ramai kenalan,
Ada yang tersilap memilih haluan.

Murid dahulu cepat mesra,
Guru disayangi seperti saudara.

Murid sekarang ada yang baran,
Guru dicabar mengegakkan kebenaran.

Murid dahulu mengunjungi guru,
Buah tangannya sampai dahulu.

Murid sekarang terlalu sibuk,
Para pendidik jarang-jarang dijenguk.





Wednesday, June 22, 2005
Pemandangan Yaman

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan di kawasan Old Sana'a Yaman.

Image hosted by Photobucket.com
Salah sebuah perkampungan di Yaman.

Image hosted by Photobucket.com
Salah sebuah daerah di Yaman(Jiblah)




Friday, June 17, 2005
Mengapa Tidak khusyu' Dalam Solat?

Perkara ini lebih cederung kepada diri dan bersangkut paut dengan segala perkara amalan yang kita kerjakan..kerana ianya memberi kesan pada solat..di dalam Quran surah Al-Mukminun ayat 1-5 Allah telah menerangkan sifat orang yang khusyuk sembahyangnya.. "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman..iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya..dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia..dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat)..dan mereka yang menjaga kehormatannya."

Allah menerangkan dengan jelas tentang orang yang khusyu’ sembahyangnya dengan menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah..ini kerana perkara tersebut menjadi penyebab hilangnya khusyu’ didalam solat..

Di dalam hadith riwayat muslim seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah..beritahulah pula kepadaku tentang ehsan..Rasulullah bersabda..mafhum.."hendaklah engkau menyembah Allah seolah olah engkau melihatnya..jika engkau tidak merasa seolah olah engkau melihatnya..maka sesungguhnya Allah melihat engkau."

Sedikit sebanyak tips yang boleh dikongsi bersama dalam membaiki untuk khusyu’ didalam solat..
Tanamkan sifat ubudiyyah
Memahami asal pembicaraan.
Mengagungkan Al-Quran.
Menghadirkan hati.
Berusaha memahami isinya.
Ikhlas di dalam perbuatan.
Mengharapkan kebaikan kerana Allah.


Wallahu'alam




Wednesday, June 15, 2005
Mengapa Orang Islam Menjadi Lemah?

Mengapa Orang Islam Menjadi Lemah sebenarnya berlaku semenjak kejatuhan empayar Islam hingga sekarang..ini kerana cara berfikir..jiwa..perpaduan..semuanya masing2 hanya pentingkan diri sendiri sejak kejatuhan empayar Islam..cerdik pandai ulama' Islam kini pun sudah tidak dapat untuk menyatukan umat yang sudah berpecah..sedangkan dalam Quran ayat 13 surah as-Syura Allah menyebut.. "Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya".

Malangnya perkataan tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tidak dihiraukan oleh umat Islam keseluruhannya..tidak dijadikan prinsip hidup umat Islam..sedangkan usaha menyatupadukan masyarakat itu merupakan satu matlamat perjuangan hidup umat Islam..paling menyedihkan apabila kebanyakan umat Islam sendiri saling bertikai dan bermusuhan..

Sepatutnya sesama Islam kita tidak bersengketa dan bermusuh-musuhan..sedangkan hari ini ummat Islam sering bersengketa sesama sendiri..bahkan berperang sesama sendiri walaupun agama menegaskan bahawa orang Islam adalah bersaudara..disesetengah negara Islam..puak ekstrimis sanggup membunuh orang yang seagamanya..dengan itu banyak negara Islam yang menjadi lemah dan mudah diperalatkan oleh kuasa-kuasa asing..firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 103.. "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya".

Apabila ummat Islam ditindas dan dibunuh dengan kejam seperti yang pernah terjadi di Bosnia dan Palestine..majoriti masyarakat manusia memandang penindasan dan pembunuhan orang Islam sebagai perkara ringan..sedangkan apabila orang Islam bertindak balas..mereka labelkan sebagai 'terrorist'..sebab itu apabila seorang Yahudi rakyat Israel menembak mati ummat muslim yang sedang bersembahyang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi..Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengecam perbuatan ini sebagai 'terrorism'..hanya orang Islam sahaja boleh dicap sebagai 'terrorist'..dimanakaah kekuatan ummat Islam hari ni???..keadaan ini menggambarkan bahawa umat Islam sebenarnya tidak bersatu dalam sebagai satu pasukan/ummah seperti zaman Rasulullah dahulu..walaupun Islam melatih kita untuk bersatu..tetapi latihan itu seolah-olah tidak sebati dalam jiwa umat Islam itu sendiri pada hari ini..sedangkan sebenarnya latihan ini telah diajar oleh Nabi melalui sembahyang berjemaah..akan tetapi semangat berjemaah hanya sekadar ditikar sembahyang sahaja..bila keluar daripada pintu masjid..semangat kesatuan langsung tidak dipedulikan..Satu Hadith dari Abu Daud.."Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu(ummat Islam) seperti orang yang sedang lapar menghadapi makanan"..sahabat r.a bertanya..apakah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah? Jawab Baginda.."bilangan kamu pada ketika itu ramai(seumpama seperti buih)..dalam pada itu Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu." sahabat r.a bertanya: "Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "cintakan dunia dan bencikan/takut mati."

Hadith ini menunjukkan bahawa akan tiba suatu masa ummat Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar..tiada sedikitpun ada perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana ummat Islam pada masa tu sangat lemah..jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka..ummat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati..mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangi kepentingan agama..mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama untuk bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran/berjihad untuk tegakkan Islam..sedangkan dalam surah Al-Anfaal ayat 60 Allah berfirman.. "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

Suka pada dunia datang dengan berbagaibentuknya.. kemewahan.. kesenangan.. keamanan.. kesihatan.. kedudukan dan pangkat kemudian manusia menjadi lalai dan tidak mampu mengorbankan apa yang ada padanya untuk jalan Allah..kerana mereka anggap..segala yang diperolehi adalah hasil usahanya/titik peluh sendiri...contoh..ramai manusia yang tidak boleh korbankan sedikit waktunya untuk solat dan sujud kepada Allah..kerana kerja adalah lebih utama..

Selain dari serangan secara terangan..kafir juga menyerang ummat islam dengan cara rohani seperti memasukkan unsur2 yang boleh melemahkan ummat Islam..supaya ummat islam melupakan senjata utama iaitu Quran..Allah befirman di dalam surah Fussilat ayat 26.. "Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"

Kesimpulan yang boleh aku kasi..sebab ummat islam lemah dan ditindas..umat Islam lebih mementingkan masalah diri sendiri..berpunca daripada kehidupan manusia tidak mengendahkan ajaran Al-Quran..manusia lebih suka membuat hukum sendiri yang akhirnya membawa kepada malapetaka dan penderitaan..umat Islam lebih berserah kepada Allah serta berdoa agar Allah memberikan pertolongan tampa berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib umat Islam...sedangkan Allah tidak sekali kali akan merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dia sendiri yang merubahnya.

Wallahu'alam.





Waktu Sekarang





Intro

alC0re
24 Tahun
Student
Shah Alam, Selangor
University of Science & Technology Sana'a,
Republic of Yemen




ShoutBox
 
Name
Web
Shout

 


<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28





Berita Harian Hari Ini ...

Muka Depan

Berita Nasional

Berita Dunia

Berita Sukan

Berita Ekonomi

Berita Agama

Berita Hiburan

Baca Lagi...




Bumi Palestin!






Links

Visit alC0re's Blog

     Select All  & Ctrl C





Soksek

Papa & Kroni : Click to View



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed





Theme by C0re ®
Blogdrive